Beg Kanvas Murah
Beg Kanvas MurahJangan jatuhkan maruah
Tetapi sebagai guru, kata Maria tidak
semua hari-hari terisi dengan perkara
menyeronokkan. Sesekali akan diuji dengan
pelbagai dugaan. Kebanyakannya tentulah
berkaitan dengan murid.
"Sebelum ini, pernah saya mengajar
seorang murid baru di dalam kelas yang
tidak fasih berbahasa Melayu. Memang
membimbangkan setiap kali memikirkannya.
Oleh itu, saya perlu mencari cara yang tepat
serta fokus mengajarnya supaya dia tidak
gagal dalam bahasa Melayu.
"Syukur, apabila keputusan PMR dia
baru-baru ini menunjukkan hasil yang baik.
Tersenyum saya melihat keputusannya.
Begitu juga dengan seorang murid yang
menetap di luar negara dan baru pulang
ke Malaysia. Saya bimbingnya sehingga
kini untuk mendalami bahasa Melayu
dengan baik. Akhirnya, dia juga berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang,"
ceritanya.
Tentang pelajar bermasalah, Maria lebih
senang bersemuka dengan murid-muridnya.
Petuanya, berkomunikasi dengan tenang
serta tidak menjatuhkan maruah murid yang
bermasalah di hadapan rakannya yang lain
kaitkan teknologi dengan dunia pendidikan
supaya mereka dapat merentasi kurikulum.
Saya juga seronok bila anak-anak murid
mencari bahan-bahan terkini atau isu-isu
semasa untuk dibincang dan dibentangkan
di dalam kelas secara berkumpulan.
"Agar tidak membosankan, say a tidak
lupa membawa alat bantu mengajar yang
unik di samping mengadakan sketsa drama.
Saya percaya, apabila murid dan guru saling
pro aktif bersama barulah pengajaran dan
pembelajaran jadi lebih menarik," ujarnya
Kenangan menggembirakan bersama rakan seperjuangan yang memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya.
perempuan sambil memeluk saya. Itulah
yang membuatkan saya terharu," ceritanya
panjang lebar.
Selain itu, katanya dia berasa amat
bertuah kerana sepanjang bertugas
sebagai pendidik dia berpeluang menimba
pengalaman baru di negara orang.
"Sebagai guru penasihat persatuan
Pandu Puteri Renjer, saya dan 16 orang
ahli persatuan berpeluang ke Chiang Mai,
Thailand. Oi sana, kami dilayan seperti Outa
Malaysia dan saya berucap di hadapan
delegasi Pandu Puteri Thailand.
"Namun, budaya dan khazanah warisan
negara kita tetap tidak dilupakan. Saya
mengambil peluang tersebut rnem
perkenalkan tradisi budaya Malaysia
dan tarian Melayu tradisional ketika
persembahan di sana. Ternyata mereka
begitu teruja dan berminat untuk ke
Malaysia menjalin usaha sama dengan
sekolah kami," ujarnya lagi. _
di dalam kelas.
Komunikasi secara personal lebih
berkesan kerana murid tidak perlu risau
didengari pelajar lain apabila berterus-terang
tentang masalah yang dihadapi.
Apa yang membahagiakan menjadi
seorang guru adalah apabila dihargai oleh
masyarakat. Berkongsi pengalaman yang
dilalui, Maria berkata bekas muridnya
masih mengenali dirinya walaupun sudah
lama meninggalkan alam persekolahan.
Ketika bertemu jiran, rakan mereka tetap
menggelarnya sebagai 'cikgu' walaupun
saling tidak mengenali.
"Setelah berbual seketika barulah saya
tahu rupanya mereka adalah ibu bapa
anak-anak murid saya. Bila dihargai dan
dihormati seperti itu, saya berasa amat
terharu. Paling terharu apabila ada ibu
bapa yang menelefon dan bertanya khabar.
Mereka mengucapkan terima
kasih kerana mengajar anak
anak mereka.
"Apabila keluar sahaja
keputusan peperiksaan, tidak
putus-putus ucapan terima
kasih yang diterima. Syukur
Alhamdulillah. Bukan itu
yang diharapkan tetapi saya
tetap gembira kerana dapat
mendidik murid sehingga
berjaya.
"Satu lagi, saya akan
terharu dan hampir
menitiskan air mata setiap
kali sambutan Hari Guru
diadakan. 'Saya sayang
cikgu', ungkapan yang
diucapkan anak-anak murid Aktif dalam Pandu Puteri Renjer dan dilantik sebagai guru pena:;ihat...- ~
Dihargai dan dihormati

0 Komentar untuk "Beg Kanvas Murah"