Tilam Kereta Online

Tilam Kereta Online

Tilam Kereta Online








Pintu hati Lai Cheng Hin terbuka
untuk mengenali Islam setelah
mendapatpendedahan
daripada seorang wanita yang
dikenalinya. Keinginan untuk
berubah menjadi seorang yang
lebih baik banyak mendorongnya
untuk mendalami agama Allah
SWT. Dia beruntung kerana ibu
bapanya tidak membantah
keinginannya namun mendapat
pula tentangan daripada adik­
beradik dan saudara-mara. Ikuti
kisah lanjut di dalam keluaran ini.

Mngimbas kisah peng­
slamannya, Muhammad
Adam Lai Abdullah
mengambil masa selama
ua bulan sebagai per­
sediaan mendalami ilmu agama. Dia
membiasakan diri untuk menutur kalimah
'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani' dalam setiap
perbuatan. Keluarga Norahsikin juga banyak
membantunya dalam mengenali Islam.

"Saya tahu apabila bergelar Muslim,
saya tidak lagi boleh berjudi dan minum
arak. Saya harus melakukan kebaikan. Saya
mahu melupakan kisah hidup saya yang lalu
dan fokus dengan kehidupan yang baru,"
katanya yang juga menerima sokongan
daripada rakan-rakan berbangsa Melayu.

Lantaran pada 2007, Muhammad Adam
selamat melafazkan syahadah di Jabatan
Agama Islam Johor Bahru, Johor ditemani
keluarga Norahsikin. Maka bertambah
seorang lagi umat Muhammad SAW. Dia
begitu bersyukur kerana rancangannya
itu berlangsung dengan baik. la kemudian
diikuti dengan pula dengan majlis per­
nikahan dengan wan ita pilihannya.

Berkongsi pengalamannya setelah
menganut agama Islam, dia mengakui agak
sukar pada mulanya tetapi lama-kelamaan,
dia berjaya membiasakan diri dengan
kehidupan sebagai seorang muslim.

"Teringat pengalaman sewaktu saya
mula berpuasa. Memang rasa susah.
Lapar, sa kit kepala dan juga sa kit perut.

Tidak sampai waktu Maghrib, saya
telah berbuka dahulu. Bagaimanapun,
masuk tahun kedua, saya sudah boleh
membiasakan diri untuk melakukan
ibadah puasa.

"Paling seronok apabila tiba hari raya.

Keluarga berkumpul dan kemudiannya
ziarah-menziarahi. Saya terpikat
dengan budaya ini di kalangan orang
Melayu. Saya sukakan situasi seperti ini
kerana ia mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan.

"Sebenarnya tidak susah pun menjadi
seorang Islam. Ikut sahaja perkara yang
diwajibkan dan elakkan melakukan
perkara yang dilarang. Namun dari
semasa ke semasa, saya masih lagi
mempelajari Islam terutamanya membaca
al-Quran," cerita bapa kepada Akil Daniel,
5 dan Nur Amanda Sofia, sembilan
bulan, hasil perkahwinannya bersama
Norahsikin.

Adik beradik masih
belum menerima

Walaupun berlainan agama, Adam
tetap mempunyai hubungan yang baik
dengan kedua ibu bapanya. Kini ibunya
telah meninggal dunia dan dia masih
berhubungan dengan bapanya.

"Saya sering kali pulang ke rumah
keluarga untuk menjenguk bapa tetapi
tidak lama. Dia memahami situasi saya dan
menghormatiagama baru saya. Dia tahu
saya tidak boleh memakan makanan haram
kerana ia bertentangan dengan Islam dan
sebagainya.

"Jadi, bapa tidak pernah marah jika saya
hanya berjumpanya untuk tempoh yang
sing kat. Begitu juga tiga orang anak saya
melalui perkahwinan terdahulu. Walaupun
saya dan anak-anak berlainan agama,
mereka adalah tanggungjawab saya.

"Saya sentiasa ingat nasihat ibu untuk
tidak membeza-bezakan mereka. Dalarn
masa yang sama, saya menyerahkan

kepada mereka untuk membuat keputusan
sam a ada mahu mengikut langkah saya
untuk bertukar agama apabila mereka
dewasa nanti," tuturnya yang merupakan
antara salah seorang pemilik Restoran Adam
Lai yang terletak di Shah Alam dan Prima Sri
Gombak.

Biarpun telah lima tahun bertukar
agama, Adam masih merasai kemarahan di
kalangan adik-beradik dan saudara-maranya.
Dia betah dengan situasi terse but dan
menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

"Walaupun telah bertahun, mereka
masih tidak boleh menerima saya. Jika
bertemu, kami tidak bertegur apatah lagi
bertukar senyuman. Itu sudah membuktikan
bahawa mereka masih marahkan saya. Tidak
mengapa asalkan kehadiran saya diterima di
sisi-Nya."
0 Komentar untuk "Tilam Kereta Online"

 
Copyright © 2014 Pusat Borong Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info