Mesin Basuh Mini Mickey

Mesin Basuh Mini Mickey

Mesin Basuh Mini Mickey









"Terima kasihlah sudi datang ke
rnollls kendurl anak seve. r ucap
Wak Sirna gembira. Wajahnya
kellhatan letlh sekali. Sudah

dua minggu tidurnya tidak lena
memikirkan perjalanan majlis
kenduri anak bongsunya itu.
Sungguhpun lelah, bibirnya
sentiasa menguklr senyuman.
Setiap tetamu yang datang
dJlayan baik. Hadlrnya mereka
kerana meraikan majlis anaknya
jika tidak disambut penuh mesra
bagaimana pula halnya nanti.

A dat orang bertandang,
setiap kali melihat
pengantin pasti akan
ciihulur sampul berisi wang
ringgit sebagai hadiah
kepada pengantin baru mahupun tuan
rumah. Hujung minggu itu, Wak Sirna tak
menang tangan.

Banyak sungguh sampul berisi wang
yang diterima. Dia teringat kata-kata Pak
Joko, jiran sebelah rumahnya yang sedikit
berilmu dan arif tentang permainan individu
yang malas bekerja tapi mahu kaya sekelip
mata.

"Sirna hati-hati dengan setiap sampul
yang diterima. Yang nampak pelik, jangan
dicampurkan. Kalau boleh bekas duit itu
isikan dengan gunting kecil, pisau dan cili
kering," Sirna mengangguk faham.

Namun, dalam kekalutan menyambut
menantu, ada ketikanya dia lupa untuk
mengasingkan sampul yang dimaksudkan
oleh Pak Joko. Wak Sirna ada juga terdengar
eerita sebelum ini tentang pengantin baru
yang diganggu oleh toyol penarik duit. Tapi
dia tidak mahu ambil pusing itu semua.
Asalkan majlis kenduri anaknya berjalan
lancar sudah memadai buat dirinya.

Malam itu, tiada lagi tetamu yang datang

e rumahnya. Jiran tetangga dan saudara
yanq jauh, masing-masing telah pulang ke
rumah mereka. Tinggallah Wak Sirna, tiga
orang anak-anaknya dan tiga orang adik­
beradik rapatnya yang masih membantunya
mengemas rumahnya yang masih berkecah.

"Mak kita kira duit sampullepas Maghrib
ya," sapa Dali anak kedua Wak Sirna. Dia
rnenqanqquk tanda setuju.

Selepas Maghrib, mereka sekeluarga
berkumpul bagi mengira wang yang
diterima. Tatkala membuka satu sampul surat
berwarna merah, tangan anak pertama Wak
Sirna bergetar kuat. Terasa seperti ada yang
menempek di wajahnya.

Pengantin perempuan, Kartini pula
menjerit sekuat hati. Wajahnya berubah

Pengantin baru diganggu

toyol penarik
duit

merah, tangannya digerak-gerakkan bagaikan
orang bersilat.

"Keluar! Jangan ganggu kakak aku," jerit
Kartini sambil memandang tepat ke arah
kakaknya.

"Tini. .. kenapa rii?" Wak Sirna menyentuh
bahu anak perempuan bongsunya dengan
lembut. Dadanya berombak kencang,
bimbang perkara yang pernah dikhabarkan
oleh Pak Joko berlaku juga akhirnya.

"Dali, pergi panggil Pak Joko. Minta tolong
dia rawat Kartini. Entah kenapa pula tiba-tiba
jadi macam ini," arah Wak Sirna cemas. Dali
bergegas keluar mendapatkan Pak Joko.

Jari-jemari Kartini terus menari-nari.

Sesekali dia menjerit menghalau makhluk
yang telah mengganggu keluarganya. Dua
orang makcik Kartini juga telah dirasuk oleh
makhluk yang tidak diketahui itu.

Ada yang meratap, ada yang tidak
berhenti meratib. Mereka tidak henti-henti
menampar wajah sendiri. Seolah-olah terasa
ada sesuatu yang menempek di dalam diri
mereka.

"Allahuakbar ... " Pak Joko memulakan
sesi rawatan. Kartini tidak mahu diam,

sesekali dirinya menjerit minta makhluk
yang mengganggu keluarganya keluar dari
rumahnya.

"Sabar Tini, jangan jerit-jerit macam itu.

Kalau kita berkasar, bermakna kita sama
sahaja macam makhluk itu. Lawan dia dengan
tenang," ucap Pak Joko menenangkan Kartini.
Ahli keluarga yang lain semakin tenang.

"Sebenarnya salah satu sampul itu sudah
dihantar toyol penarik duit. Tapi dia tak jumpa
jalan balik ke rumah tuannya. Sebab itulah dia
ganggu semua orang. Bertenang dan beranikan
diri. Tidak perlu takut dengan makhluk itu
kerana Allah jugalah Yang Maha Besar," ungkap
Pak Joko sekali lagi.

Malam itu, Pak Joko berjaya menumpaskan
toyol penarik duit yang telah mengganggu
kediaman pengantin baru. Lama juga dirinya
bertarung dengan makhluk keeil yang dikatakan
telah dihantar sebanyak tiga ekor oleh tuannya.
Sesungguhnya, tiada jalan mudah untuk
mengecapi kekayaan. Setiap sesuatu perlu
diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan
bertawakal kepada-Nya. Bukannya dengan
cara menganiaya orang lain kerana azab Allah
amat berat sekali.

0 Komentar untuk "Mesin Basuh Mini Mickey"

 
Copyright © 2014 Pusat Borong Online - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info